Sunday 3 April 2011

Politik Malaysia.

Mungkin post ni berbeda drpd sebelumnya.

Mm mari kita singkap sedikit tentang fenomena Politik di Malaysia. Irwan mungkin mentah & tidak arif ttg politik , tidak seperti rkn2 yg lain.

Namun, post ini hanyalah pendapat drpd seorang rakyat kerdil & dprd kaca mata pemerhati dari jauh dan semestinya bersifat neutral. Tidak berpihak kepada perwakilan kerajaan mahupun proksi pembangkang. Hanya memerhati ‘sedikit’ dari jauh.

Politik di Malaysia kini tampak ‘tidak bersih’ atau pun secara kasarnya agak kotor. Cuba anda berfikir sejenak, marcapada ini Jepun dilanda Tsunami, Libya dengan pergolakan yang bagaikan tiada noktah.

Namun, apa  yang popular di Negara kita? Video-video seks dan sbgnya menjadi alat permainan atau agen untuk dipertaruhkan. Mungkin sekali, hati rakyat masih boleh terima. Tetapi kalau lebih, muaklah jadinya.
Bila politik Negara akan matang kalau inilah permainan politik Negara? Tidakkah permainan sebegini hanyalah akan mengaibkan atau menjejaskan imej Negara kita di mata dunia?

Bagi saya, matlamat politik walaupun berlainan fahaman, kiri atau kanan adalah sama shj. Kesemuanya menginginkan kuasa utk mentadbir Negara. Saya tidak kisah siapa menang, siapa kalah. Yang penting, rakyat mesti menjadi priority utama.

Apabila Pilihan Raya dah dekat, pelbagai taktik dipraktikkan,semuanya hanyalah untuk memancing undi rakyat. Mana mereka sebelum ini. Masalah rakyat tidak diendahkan. Bila dah naik, manifesto hanya jadi manifesto.

Namun, ada jugak yang berpegang pada janji. Ada jugak yang berkaliber.
Satu lagi, ada beberapa  pemimpin yg agak lama, sepatutnya memberi peluang kpd yg muda. Ya, mungkin alasan mereka, yg muda masih belum mampu. Ttp, masalah integriti yg telah menconteng kewibawaan seseorg itu patut diambil kira. Mungkin yg lama boleh turun, beri peluang yg muda. Pimpin dan jd penasihat bg yg muda. Mungkin itu lagi afdal drpd menongkah arus yg arusnya tidak mungkin surut.

Khas kpd fanatik atau penyokong mana2 parti: Ya, tidak salah untuk fanatik ttp mestilah berpadah. Kdg2 keterlaluan dlm menyuarakan satu pendapat atau yg sama waktu dgnnya amatlah kurang berhemah bg pendapat saya. Cacian & makian amatlah tidak perlu.

*Akhir kata, maaf kalau ada yg tidak kena. Berkongsilah ilmu dgn saya(:


10 comments:

  1. berpolitik tak kira dengan cara apa sekali pun yang penting perlulah berINTEGRITI, ADIL, MATANG, dan tidak melanggar hukum agama..ekstrim atau tidak,fanatik atau neutral, apa jua jenis sokongan,perlulah profesional tanpa caci maki. tunjukkan maruah yang tinggi dengan peribadi murni agar disanjung mulia serta disenangi kawan dan lawan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. turun naiknya pemipin politik itu datang dari undian yang diberi oleh para pengundi.. jadi, pada pengundi pengundi muda mahupun yg lama, buka hati dan buka minda jika inginkan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara.. kita yg hanya mampu menjadi 'penonton' kedapa pentasrama yg mereka 'drama'kan ini hanya mampu memberi pendapat yg tidaklah sebegitu hebat, tapi bolehlah kiranya pendapat ini dikongsi dan diambil kira serba sedikit..

    ReplyDelete
  4. hidup orang muda... kerana itulah anak2 muda harus berfikir adkah kita mahu menjadi peninton shja???? kita hrus berdiri tegak dan mula menjadi org yg mengubah krn... klau sekadar berkata2 tanpa bertindak, sama jugak la kita spt mrk.... huhu... trepping jak wa aku tuuu, aku pun 2 x 5 jugak.... kwang3x

    ReplyDelete
  5. Dalam politik, kita harus bijak sdr. Video seks, liwat dan politik ala Machiavelli yg menghalalkan apa jua cara utk mencapai misi politik tdk sepatutnya diamalkan.

    Politik yg sihat dan bijak ialah apabila kita menghasilkan polisi dan dasar utk rakyat. Utk menghasilkan polisi dan dasar yg terbaik, terlebih dahulu ianya akan melalui proses kritikan dan perbahasan. Sbb itulah kita melihat org politik ini sering berbahas dan mengkritik.

    Tak lain tak bukan adalah utk menghasilkan sesuatu yg hampir kosong tahap cacat celanya. Sekiranya sesuatu polisi masih ada cacat cela, maka rakyat yg akan dpt susah.

    Anak muda tak harus menyokong membabi buta. Anak muda harus punya ideologi, kepercayaan dan kemahuan dlm politik. Jgn kita menjadi neutral. Menjadi neutral tak akan menyelesaikan apa2. Kita harus aplikasikan kemahuan kita dlm undian.

    Kenapa kita mengundi ? Kita mengundi kerana kita nak kemahuan kita direalisasikan. Sbb tu terlebih dahulu kita mesti ada kemahuan.

    Apa kemahuan ? Cthnya, kita nak kualiti pendidikan yg lebih baik, minyak harga murah, barang tak nak harga mahal dan sbgnya. Itulah kemahuan.

    Bila kita ada kemahuan, maka padankanlah kemahuan kita dgn parti politik yg mempunyai polisi dan dasar yg mampu merealisasikan kemahuan kita.

    Anak muda yg akan tentukan masa depan negara. Jgn lg terperangkap dlm minda politik sempit spt "Kita harus sokong kerajaan kerana kerajaan yg bagi bantuan dan mcm2 etc"

    Inilah pendapat yg sempit dlm politik. Satu benda yg kita harus jelas. Mana2 parti yg menjadi kerajaan, tetap akan menjalankan pembangunan. Kalau PKR memerintah Malaysia, jalanraya tetap akan dibina.

    Yg membezakan parti politik dgn parti2 politik yg lain hanyalah DASAR/POLISI dan CARA PELAKSANAAN DASAR/POLISI.

    Adakah dgn rasuah ? salah guna kuasa ?

    Cthnya, utk melaksanakan artikel 153, maka dasar ekonomi baru digubal. Itu polisi dan dasar parti BN. Tapi yg sedihnya pelaksanaan dasar tersebut dicemari dgn RASUAH DAN KORUPSI. Banyak wang disonglap dan sbgnya.

    Haziq Abdullah Abdul Aziz,
    Anak Muda Reformasi
    sekian :)

    ReplyDelete
  6. nice argument haziq:)
    oyea, apa pendapat anda ttg fanatik / penykonng parti2 tertentu. Mereka seakan2 taksub. Mata mereka tlah dikaburi. Yg salah, mereka katakan tetap betul. ?

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, org yg digelar fanatik ialah mereka yg menyokong tanpa ilmu dan hujah. Sbb itulah apabila diprovokasi, mereka hanya mampu memaki hamun ttp gagal apabila diajak berbahas.

    Apabila kita dlm parti politik, dasar dan polisi parti kita kena pertahankan. namun, kita kena bersiap sedia utk membaiki polisi dgn menerima kritikan. Kritikan amat penting dlm mematangkan institusi politik.

    Yg salah adalah salah. apabila hujah kita telah dipatahkan, maka kita kena bersedia utk menerima idea drpd pihak sebelah sana. Jgn apabila hujah kita dh rapuh, kita masih lg membodohkan diri utk mempertahankan idea kita. Tak akan ke mana2 pun nanti sdr Irwan.

    Ini mmg terjadi.Malah pak2 menteri pun ada yg mcm ni. Tgk je la perbahasan di parlimen. apabila hujah mereka tlh dipatahkan, maka mereka meminta supaya wakil rakyat yg mematahkan hujah mereka utk digantung atau dihalau dr parlimen.

    Haziq

    ReplyDelete
  8. Yea saya setuju.

    Pd hemah saya jgk, perbahasan atau perbincangan yg sama waktu dgnnya haruslah dgn cara ilmiah. bukan dgn kata2 kesat, cacian, & makian
    itu amat menampakkan seseorang itu hanyalah seperti 'tin kosong'

    Satu lagi, saya hormati pendirian setiap penyokong tetapi tidak perlulah sehingga bertelagah dgn unsur2 makian.

    Lawan dgn lidah ttp dikawanl dgn otak, kemudian aplikasikan apa yg keluar dr lidah kita..bkn hanya omong kosong & bukan hanya maki atau cacian semata-mata

    ReplyDelete
  9. sdr irwan nmpaknya terlalu mentah dr segi pemikiran apatah lagi ingin berbicara soal politik.kata seorang teman "politik itu kotor"...bg sy benar juga kata2 itu.

    cuba fikir...ada tak mana2 ahli politik yg tidak mengata orang, mengutuk, mencela, memberitahu kekurangan orang,menabur janji?...dr sudut ini pun kita sudah lihat ia bertentangan dgn ajaran Islam kn..memburuk2kn org itu berdosa..cuba igt siapa pemimpin yg tidak pernah mengata org?hatta nik aziz pun lancang mengutuk lawannya apatah lg anwar yg petah berhujah kan.

    politik di mana2 negara pun sama dik. Cuma di Malaysia pemimpin yg dikaitkan beragama Islam, jd isu seks, isu liwat, rasuah boleh jd perkara pokok..cuba fikir, adakah isu ini relevan dimainkan di negara barat yg sememangnya tak kisah tentang perkara ini.

    kita mmg boleh ckp perbahasan dgn cara ilmiah kerana bukan kita yg sedang berbahas.bayangkan kalau kita berbahas dgn orang yg 'tolol' adakah cara lembut itu sesuai?ini bukan zaman nabi di mana slps nabi bersabar sekian lama akhirnya para penjahat itu insaf..

    seperkara lagi adik irwan..kita mmg boleh kata mahukan perubahan, xsuka pemimpin itu dan ini.tp adakah kita fikir kesannya nanti?anwar pernah mencetuskn kontroversi dulu, rusuhan sana sini, demonstrasi..ini menyebabkan ngara tidak aman. berbaloikah perubahan yg kita mahu itu jika akhirnya negara kita kucar kacir?mustahilkah?

    sy ingin bertanya, adakah sdr haziq penyokong pembangkang?kalau betul maka sdr haziq bknlah anak muda yg berfikiran matang ttg reformasi..jelas sdr terpengaruh dgn anwar krn sy yakin sdr langsung tidak sedar bagaimana kata2 hamburan penuh caci maki pembangkang.sdr cuma peminat anwar dan baru menunjukkan minat ttg politik.banyak lagi yg perlu dipelajari..anda masih terlalu mentah dan sangat mudah dipengaruhi oleh pihak2 tertentu

    ReplyDelete