Sunday 3 April 2011

Politik Malaysia.

Mungkin post ni berbeda drpd sebelumnya.

Mm mari kita singkap sedikit tentang fenomena Politik di Malaysia. Irwan mungkin mentah & tidak arif ttg politik , tidak seperti rkn2 yg lain.

Namun, post ini hanyalah pendapat drpd seorang rakyat kerdil & dprd kaca mata pemerhati dari jauh dan semestinya bersifat neutral. Tidak berpihak kepada perwakilan kerajaan mahupun proksi pembangkang. Hanya memerhati ‘sedikit’ dari jauh.

Politik di Malaysia kini tampak ‘tidak bersih’ atau pun secara kasarnya agak kotor. Cuba anda berfikir sejenak, marcapada ini Jepun dilanda Tsunami, Libya dengan pergolakan yang bagaikan tiada noktah.

Namun, apa  yang popular di Negara kita? Video-video seks dan sbgnya menjadi alat permainan atau agen untuk dipertaruhkan. Mungkin sekali, hati rakyat masih boleh terima. Tetapi kalau lebih, muaklah jadinya.
Bila politik Negara akan matang kalau inilah permainan politik Negara? Tidakkah permainan sebegini hanyalah akan mengaibkan atau menjejaskan imej Negara kita di mata dunia?

Bagi saya, matlamat politik walaupun berlainan fahaman, kiri atau kanan adalah sama shj. Kesemuanya menginginkan kuasa utk mentadbir Negara. Saya tidak kisah siapa menang, siapa kalah. Yang penting, rakyat mesti menjadi priority utama.

Apabila Pilihan Raya dah dekat, pelbagai taktik dipraktikkan,semuanya hanyalah untuk memancing undi rakyat. Mana mereka sebelum ini. Masalah rakyat tidak diendahkan. Bila dah naik, manifesto hanya jadi manifesto.

Namun, ada jugak yang berpegang pada janji. Ada jugak yang berkaliber.
Satu lagi, ada beberapa  pemimpin yg agak lama, sepatutnya memberi peluang kpd yg muda. Ya, mungkin alasan mereka, yg muda masih belum mampu. Ttp, masalah integriti yg telah menconteng kewibawaan seseorg itu patut diambil kira. Mungkin yg lama boleh turun, beri peluang yg muda. Pimpin dan jd penasihat bg yg muda. Mungkin itu lagi afdal drpd menongkah arus yg arusnya tidak mungkin surut.

Khas kpd fanatik atau penyokong mana2 parti: Ya, tidak salah untuk fanatik ttp mestilah berpadah. Kdg2 keterlaluan dlm menyuarakan satu pendapat atau yg sama waktu dgnnya amatlah kurang berhemah bg pendapat saya. Cacian & makian amatlah tidak perlu.

*Akhir kata, maaf kalau ada yg tidak kena. Berkongsilah ilmu dgn saya(: