Tuesday 20 September 2011

Antara Mereka

Persahabatan , Cinta , Family
Yang mana penting, Yang mana sampingan

Elemen inilah yang menyempurnakan kita
Tanpa mereka, hidup kosong
Tanpa mereka, hidup akan penuh dengan kebobrokan jiwa


Setiap jasadiah insan
Pasti merasa & terasa

Senyum, Tawa, Duka, Marah, Sedih
Semua dapat kita rasakan

Ada mereka, Ada semua itu
Kadang kala
Pasti ada salah faham
Apa sebenarnya kita maksudkan
Niat lain, tapi disalahtafsirkan

Bukan semua orang suka
Dan bukan semua orang tak suka
Hidup ini pilihan
Jangan sampai hasad dengki, amarah menguasai jiwa
Sifat busuk ini pasti menghancurkan

Bukan semua kita akan dapat
Allah Maha Adil, Redha apa yg terjadi & Doa agar dirahmati
Ya memang rasa tidak puas akan hadir
Tapi mungkin ada benda yang lebih baik utk kita cuma ia tertunda

Sunday 3 April 2011

Politik Malaysia.

Mungkin post ni berbeda drpd sebelumnya.

Mm mari kita singkap sedikit tentang fenomena Politik di Malaysia. Irwan mungkin mentah & tidak arif ttg politik , tidak seperti rkn2 yg lain.

Namun, post ini hanyalah pendapat drpd seorang rakyat kerdil & dprd kaca mata pemerhati dari jauh dan semestinya bersifat neutral. Tidak berpihak kepada perwakilan kerajaan mahupun proksi pembangkang. Hanya memerhati ‘sedikit’ dari jauh.

Politik di Malaysia kini tampak ‘tidak bersih’ atau pun secara kasarnya agak kotor. Cuba anda berfikir sejenak, marcapada ini Jepun dilanda Tsunami, Libya dengan pergolakan yang bagaikan tiada noktah.

Namun, apa  yang popular di Negara kita? Video-video seks dan sbgnya menjadi alat permainan atau agen untuk dipertaruhkan. Mungkin sekali, hati rakyat masih boleh terima. Tetapi kalau lebih, muaklah jadinya.
Bila politik Negara akan matang kalau inilah permainan politik Negara? Tidakkah permainan sebegini hanyalah akan mengaibkan atau menjejaskan imej Negara kita di mata dunia?

Bagi saya, matlamat politik walaupun berlainan fahaman, kiri atau kanan adalah sama shj. Kesemuanya menginginkan kuasa utk mentadbir Negara. Saya tidak kisah siapa menang, siapa kalah. Yang penting, rakyat mesti menjadi priority utama.

Apabila Pilihan Raya dah dekat, pelbagai taktik dipraktikkan,semuanya hanyalah untuk memancing undi rakyat. Mana mereka sebelum ini. Masalah rakyat tidak diendahkan. Bila dah naik, manifesto hanya jadi manifesto.

Namun, ada jugak yang berpegang pada janji. Ada jugak yang berkaliber.
Satu lagi, ada beberapa  pemimpin yg agak lama, sepatutnya memberi peluang kpd yg muda. Ya, mungkin alasan mereka, yg muda masih belum mampu. Ttp, masalah integriti yg telah menconteng kewibawaan seseorg itu patut diambil kira. Mungkin yg lama boleh turun, beri peluang yg muda. Pimpin dan jd penasihat bg yg muda. Mungkin itu lagi afdal drpd menongkah arus yg arusnya tidak mungkin surut.

Khas kpd fanatik atau penyokong mana2 parti: Ya, tidak salah untuk fanatik ttp mestilah berpadah. Kdg2 keterlaluan dlm menyuarakan satu pendapat atau yg sama waktu dgnnya amatlah kurang berhemah bg pendapat saya. Cacian & makian amatlah tidak perlu.

*Akhir kata, maaf kalau ada yg tidak kena. Berkongsilah ilmu dgn saya(:


Thursday 24 February 2011

Ceritera LWP02K :)

LWP01KàLWP02K

Pertemuan kali pertama, mula bertegur-sapa
Saling cuba mengenal hati, saling cuba mengenal budi
Ada yang berkenan, ada yang sampai ada hubungan
Namun ada juga yang berselisih faham, terasa hati, hati tak tenteram
Lumrah dunia, bila ada suka, pasti ada duka
Banyak telatah, banyak gaya, banyak ragam
Macam-macam gelaran nama yang ada ( sepet, kechik, monster dll)
Ada yang suka perasan, Ada yang suka meroyan
Ada yang tak tahu duduk diam, Ada yang gusar bila tak kacau orang
Ada yang dikenali dengan fashion, Ada yang dikenali dengan nasihat yang membina
Ada juga yang manja, Ada juga yang social
Ada juga yang suka senyum, ada juga yang ‘Sepet’
Ada juga yang suka berdiam diri, Ada juga yang arif hal agama
Ada juga Tauke Shisha, Ada juga sampai sekarang tak amik no phone lagi
Namun, tiap-tiap jasadiah insan yang ku kenali dalam 2 semester ini
Tidak pernah ku rasakan sesalan
Tidak pernah ku rasakan hampa walaupun sesaat
Masing-masing ada kelebihan, Masing-masing ada keunikan

Kenangan demi kenangan
Bowling, Tasik, McD, PAS, Fire & Ice game, Truth or Dare
Bola tampar; sampai ada yang lebam
Futsal; smpai ada yang terseliuh
Ice Skating( wlaupun aku paling loser)
Tiap-tiap tempat, situasi ini terukir kenangan di dalamnya

Helaan nafas syukur: Huh
Cukup banyak kenangan dan memoir indah
Akan ku semat di di dalam hati, takkan pernah ku lupa
Aku bersyukur kepada Ilahi, Aku kenal mereka
Aku bertuah menjadi sebahagian daripada mereka
Ampun dan Maaf, ku susun sepuluh jari.
Namun perlu kita ingat, jangan sesekali alpa
Perjuangan kita belum lagi sempurna, belum lagi selesai
Masih jauh perjalanan, Masih banyak dugaan
Realiti atau Fantasi,
Sama-sama kita sendiri tentukan
Ingat; Impian kita, Impian Abah & Mama kita.
Usaha itu mesti, seiring dengan doa dan tawakal.
Semoga mimpi menjadi realiti

Sunday 9 January 2011

Dugaan Fantasi

Jangan memuji atau mencemuh perkara yang belum pasti
Hanya kerana luaran yang dikaburi elemen fantasi
Kerna mungkin elemen itu dicemari dengan anasir kehipokritan
Dan ingat
Luaran tidak menggambarkan langsung jasadiah insan
Jangan sesekali terus percaya dan membuat konklusi general
Jangan sesekali melabel sesuka hati
Mengikut hawa nafsu mazmumah

Yang sudah pasti
Kepercayaan tidak boleh kita rumuskan
Hanya dengan perkenalan dan pertemuan yang seketika

Cemburu  dan iri hati sudah menjadi lumrah
Manusia yang mementingkan kepentingan diri
Iri dengan kelebihan orang, yang kita sendiri tiada

Namun
Allah Maha Adil
Kadang2 kita di bawah
Kadang2 kita di atas
Dan kadang2 atas dan bawah sekaligus
Apa yang perlu kita ingat
Setiap yang terjadi, Pasti ada hikmahnya

Namun, pengalaman dan dugaan iniilah
Yang akan membezakan dan mencirikan kita di kelas masing-masing
Sudah pasti ini akan lagi mendewasakan kita