Monday 18 October 2010

Benak pemikiran Irwan .

Sebelum anda membingkis
Bait-bait rangkap ini
Harus anda diingatkan 
Ini bukan ideologi mahupun khutbah semata-mata
Ini cuma apa yang terngiang-ngiang
Di benak pemikiranku
Ini cuma permainan akal yang begitu subjektif
Dan tidak terikat dengan apa pun

Jangan pernah mengaku diri cukup sempurna
Kerna kita pasti akan melakukan kekhilafan
Sedikit sebanyak melakukan 'kekotoran' di dunia
Yang mungkin kita sendiri tidak akan sedari

Jangan sesekali wujud sifat materialistik dan kapitalis dalam diri
Kerna ia hanyalah bermisikan keuntungan semata-mata
Bila sifat tamak menguasai diri
Musnahlah jati diri 
Dan leburlah nilai diri insan itu


Jangan sesekali libatkan diri anda dengan politik
Jangan anggap anda tahu apa itu politik
Sedangkan realitinya anda belum cukup matang
Dan telah hilang identiti diri 
Mabuk dihanyutkan oleh anasir politik


Jangan pernah mengaku diri alim, arif hal agama 
Mentarbiah orang yang berdosa
Yakin kita adalah benar dan tahu segala-galanya
Nanti mungkin kita akan jadi Fasik mahupun Munafik

Jangan kita terlalu menggelabah
Kerna sedikit masalah
Jangan sampai kita tergolong
Jadi orang yang kurang kewarasan akalnya

Jangan melawan kejahatan dengan kejahatan
Kerna orang yang bijak hanya akan tersenyum
Berfikir, bermuhasabah diri
Dan membalas hanya dengan doa kebaikan

Janganlah kita membuka keaiban manusia
Apatah lagi keaiban pekung di dada 
Kerna Tuhan sebenarnya telah cuba untuk menutupinya
Dari mata hati insan sekalian alam

Kadangkala realitinya manusia 
Lebih menyukai, lebih menggemari
Orang yang hipokrit
Kerna orang hipokrit ini menampakkan kebaikannya
Dan berbaik-baik dengan semua orang
Manakala orang yang tidak hipokrit pula
Yang cuba ingin menjadi diri sendiri
Menegur apabila dia tahu benda itu salah
Sebaliknya dibenci dan dipulau masyarakat
Namun inilah kehidupan yang sebenarnya

Ini mungkin perspektif kecil dariku yang mungkin
Tidak dapat mempengaruh mana-mana jasadiah insan
Mungkin bagi anda ini  
Hanyalah rekaan dan perkara mengarut semata-mata
Namun inilah hakikatnya, apa yang terjadi di
Dunia nyata

Sunday 10 October 2010

10 .10 .10 :)

Do you know that ,

'October 10'

is the 283rd day of the year ( 284th in leap years ) . There are 82 days remaining until the end of the year .

Tahukah anda juga ,

Dr SMS telah mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan beliau, Dr Halina Mohd Yunos pada tarikh 10 Oktober 2010 .

Tarikh 10 Oktober dipilih kerana ia merupakan tarikh ulangtahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari pelancaran di Rusia  .


Namun, apa lagi yang tersirat/tersurat dan mungkin ada kaitan disebalik no 10 itu :)

  • Mungkin bulan kelahiran saya juga . :) p/s ilove OCTOBER !
  • Jari anda , cuba lihat jari tangan / kaki anda . cukup 10 ?
  • No jersey Wayne Rooney. ( Forward MUFC ) 
  • Ketika berusia 10 tahun , saya merupakan pelajar darjah 4 .
  • Nombor 1 disatukan dengan 0 , jadilah ia 10 =.=
  • 100-90=10 , 2x5=10 =.=
  • Masihkah anda ingat , lagu 'Sepuluh Budak Hitam '
  • Sebelum 10, 9 . Selepas 10, 11 .
  • 10 sen . 10 ringgit ?
  • Ibadat 10 hari terakhir Ramadhan . 
  • Ben 10
  • Perfect 10
  • Youth Festival : Youth'10

Err apa lagi erk? Ada sebarang idea/info yang saya tidak ketahui? :)



I also wanna make a special wish to all my friends ( FB,HC,Mile 4,UiTM mate ) that was born on 10th October .

HAPPY BIRTHDAY to all of you guys !

 RON:)

 HAZWAN :)

 MY BRO , ZENO :)

 AUNTY ANN :)

AUNTY AMY :)



Friday 8 October 2010

Aku Bukan Malaikat .


Aku bukan malaikat
aku tidak akan pernah
dapat memuaskan hati semua orang
aku hanya mampu mencuba
mencuba sedaya apa yang aku mampu

kadangkala kita harus sadari
yang diri kita
apa yang kita ada
hanyalah sementara

Di dalam dunia yang fana ini
semua orang ingin menjadi sempurna
semua orang ingin menjadi yang terbaik
Namun, realitinya
tiada seorang pun sebenarnya, sempurna
Justeru
sebagai insan yg kerdil lagi hina
janganlah
menyimpan dendam
bermaaf-maaflah kita
jangan pernah cuba
mencari kesalahan orang lain

Berilah peluang kepada diri , kepada insan lain
berikanlah peluang untuk berubah
perubahan yang mungkin merubah tiap-tiap
bait kehidupan

Hadapilah norma-norma kehidupan
dengan tabah , dengan tenang
dalam hidup semua orang menginginkan kebahagiaan
namun
ada yang tersilap langkah
terbuai dengan noda-noda sifat materialistik
daki-daki kemaksiatan
semua orang akan membuat kesilapan

Namun berapa orang yang mampu memohon maaf
dan kembali ke jalan yang benar 
Hadirnya aku di sini bukan untuk berkhutbah
bukan untuk bermadah mahupun berpuisi
tetapi ingin berkongsi
saling ingat-mengingati


Wednesday 6 October 2010

' Mind to intro ? ' ^_^ So, here we go, a bit intro of me .




Im Irwan Sumadi .
Do call me, 'wan' for short .
18 y/o .
'SABAHAN'
Currently study somewhere at Shah Alam .
Dance is my passion .
Future Lawyer on board .
'Wanna know more about part of me ,
 then be my loyal followers'